Isnin, 15 Disember 2008

Harga minyak turun lagi dalam masa terdekat - Menteri

KLPOS/BERNAMA


PULAU PINANG : Harga runcit petrol dan diesel di negara ini dijangka turun lagi dalam masa terdekat selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata pada masa ini terdapat ruang untuk menurunkan harga itu dan kerajaan selalunya mengadakan semakan terhadap harga bahan api itu pada awal atau pertengahan bulan sebelum membuat sebarang pengumuman.

“Insya-Allah ada ruang untuk turunkan lagi harga itu dalam masa terdekat.

Maknanya sekarang dah dekat nak sampai (masa) kepada penurunan harga itu,” katanya ketika melancarkan kempen Penurunan Harga oleh Pasaraya Sunshine di Bayan Baru, di sini.

Tiada ulasan: