Isnin, 2 Januari 2017

Warga asing & sikap punca masalah sampah Pangsapuri Seri Nipah

sampah
OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Isu kebersihan membabitkan masalah pembuangan sampah tidak teratur di Pangsapuri Seri Nipah salah satunya didakwa berpunca daripada pendudukan penempatan warga asing di kawasan itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, sejak pangsapuri itu siap diduduki pada 2010 lalu, masalah tersebut berlanjutan kerana kurangnya kesedaran sivik terhadap isu kebersihan setempat.

“Hasil bancian oleh MPSJ mendapati separuh daripada penduduk di situ adalah warga asing dan separuh lagi adalah penduduk setempat.

“Mereka membuang sampah secara tidak teratur dan lebih mendukacitakan apabila ada dalam kalangan mereka yang sesuka hati mencampak sampah dari tingkat atas.

rodziah

“Malah ada juga yang sewenangnya membuah sampah di dalam longkang dan merumitkan lagi keadaan persekitaran di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Pangsapuri Seri Nipah adalah kediaman flat kos rendah terletak di Jalan SM 2, Off Taman Pinggiran USJ Subang Jaya.

Baru-baru ini, media pro-umno melaporkan kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap yang menimbulkan rasa kurang senang penduduk setempat.

Susulan rungutan dan aduun dibuat penduduk, Rodziah bersama MPSJ, mengadakan lawatan tersebut di kawasan berkenaan 23 Disember lalu.

Hasil tinjauan itu, Rodziah berkata pertemuan khas Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Seri Nipah, MPSJ, Lembaga Perumahan, Ahli Majlis dan wakil penduduk dibuat bagi membincangkan masalah tersebut.

“Perbincangan sudah dibuat dan kita dapati masalah ini sangat serius dan memerlukan perhatian semua untuk bertanggungjawab menjalankan kerja pembersihan itu dibuat,” katanya.=EZY=

Tiada ulasan: