Ahad, 15 Januari 2017

Skandal seks: Saya diam kerana tiada bukti kukuh, kata Anina

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Anina Saadudin berkata tindakannya 'mendiamkan diri' berhubung skandal seks baru-baru ini, kerana tiada bukti kukuh mengaitkan dirinya dalam hal berkenaan.
 
Katanya, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh bagi mensabitkan dirinya dalam hal itu.
 
"Saya tiada sebarang komen terhadap skandal seks yang dikatakan ditujukan kepada saya kerana tiada apa-apa bukti menunjukkan saya sebagai individu terlibat.
 
"Selagi tidak ada bukti, saya tidak akan berkata apa-apa sebab saya tidak nampak asas bahawa saya terlibat hal tersebut. Oleh sebab itu saya mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut," katanya dipetik Sinar Harian.
 
Kata Anina lagi, dakwaan skandal seks itu menggambarkan dirinya begitu penting dalam dunia politik tanah air sehinggakan taktik kotor itu digunakan bagi menjatuhkannya.
 
"Bagi saya ia tidak mengejutkan, kerana mungkin kehadiran saya dalam politik negara maka saya dikaitkan dengan hal tersebut.
 
"Tetapi ia tidak langsung menjatuhkan saya. Malah sokongan rakyat akar umbi makin  bertambah kuat kepada saya," katanya.
 
Anina baru-baru ini dikaitkan terlibat dalam satu skandal seks apabila 'screenshot' perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar.
 
 

Tiada ulasan: