Sabtu, 14 Januari 2017

'Pemimpin' Bersatu segak berdiri tunggu tetamu

 Pemimpin' Bersatu segak berdiri tunggu tetamu
Tiga pemimpin tertinggi Bersatu 'berdiri' bagi menyambut kehadiran tetamu.

SHAH ALAM - Pelbagai kelainan dibawa Parti Bersatu bersempena dengan Majlis pelancaran rasmi parti itu di Stadium Tertutup Melawati di sini, hari ini.

Antaranya, menempatkan replika tiga pemimpin utama parti itu iaitu, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mohamad di pekarangan Stadium itu bagi menyambut tetamu.

Tinjuan Sinar Online pada ketika ini menunjukkan para hadirin yang hadir ketika ini masih belum memuncak.
Majlis pada malam ini akan bermula secara rasmi pada jam 8 malam, yang diantara pengisiannya adalah pelancaran rasmi parti itu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz serta pergantungan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Umno pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti Bersatu telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 9 September 2016.

Bersatu dianggap sebagai pendukung Mahathirism, parti nasionalisme Melayu.

Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Ianya juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera berslogankan Maju, Adil dan Makmur. Selepas itu slogan tersebut ditukar kepada Bersatu, Beramanah, Bermaruah.


Tiada ulasan: