Ahad, 15 Januari 2017

Berang tayar kenderaan dikunci, lelaki serang pengawal

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Video berdurasi 40 saat yang memaparkan seorang pengawal keselamatan diserang menggunakan alat pemotong besi oleh seorang lelaki tersebar di laman sosial.
 
Difahamkan lelaki berkenaan berang kerana kereta mewahnya dikunci tayar oleh pihak pengawal keselamatan di bangunan tersebut. Malah mangsa juga menasihatkan lelaki tersebut agar tidak berbuat demikian.
 
Beliau kemudiannya menyerang pengawal keselamatan yang bertindak merakamkan cubaannya menanggalkan kunci di tayar keretanya.
 
Pengawal keselamatan tersebut dilaporkan cedera di bahagian kepala, tangan kiri, leher dan pinggang selepas diserang menggunakan alat pemotong besi.
 
Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid memaklumkan kedua-dua mangsa dan suspek membuat laporan polis berasingan mengenai kejadian itu dan kes disiasar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
 
"Menurut mangsa pengurusan kondominium bertindak mengunci tayar kereta suspek kerana ia diletakkan melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
 
"Kita juga sedang mendapatkan kenyataan daripada saksi begitu juga rakaman daripada kamera litar tertutup," ujarnya.
 
Dipercayai kejadian itu berlaku pada awal bulan ini.
 
 

Tiada ulasan: