KANGAR: Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan di dalam sebuah
kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
Ketua polis daerah Kangar Supt. Wari Kiew berkata polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
“Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di
dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak
patung,” katanya.
Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan