Selasa, 2 Ogos 2016

Tindakan ke atas ahli Umno terbabit program Tun Mahathir

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Shahidan KassimDatuk Seri Shahidan KassimUmno Perlis akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang terbabit dalam penganjuran program yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Arau, dekat sini pada 28 Julai lalu.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata setakat ini beliau masih belum menerima laporan mengenai pembabitan ahlinya dalam program yang turut dihadiri bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Tindakan hanya dikenakan kepada mereka yang terbabit secara langsung dalam penganjuran yang dihadiri bekas Perdana Menteri itu, sama ada mempromosi atau sebagainya. "Di Perlis ada pelbagai puak (parti politik) yang datang memberi ceramah..bagi ahli yang hanya hadir dan mendengar itu perkara nombor dua, yang nombor satunya ada atau tidak ahli yang terbabit dalam penganjuran.

"Ini yang saya tunggu laporan daripada setiausaha perhubungan, sebelum menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Umno Perlis, semalam lapor BH online.

Mengulas isu fitnah yang dilemparkan ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam sebuah blog, Shahidan berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik tuduhan berkenaan.

"Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu dan masih belum sempat membacanya," katanya.

Tiada ulasan: