Isnin, 1 Ogos 2016

Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dekat Yong Peng

Shahrul Hassan, Astro Awani
Tiga sekeluarga maut dalam kemalangan dekat Yong Peng
Kemalangan yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra JJT 7079 yang merempuh pembahagi jalan dan masuk ke dalam longkang. - Foto Astro AWANI / Shahrul Hassan
 

BATU PAHAT: Tiga sekeluarga maut manakala dua lagi mengalami cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 104.3 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara Johor.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Ibnul Kasim Ahmad Abd Hamid berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra JJT 7079 yang merempuh pembahagi jalan dan masuk ke dalam longkang.

Mangsa yang meninggal ialah sepasang suami isteri bersama anak mereka yang berusia dua tahun, sementara yang cedera parah ialah dua kanak-kanak berumur lima dan enam tahun.

Lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng bersama sebuah jentera tiba di tempat kejadian kira-kira satu jam selepas panggilan diterima.

Tiada ulasan: