Khamis, 4 Ogos 2016

Situasi politik Terengganu jangan sampai bebankan rakyat - PM

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JAKARTA: Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno akan tangani situasi politik di Terengganu dan beliau sedang memantau keadaan di negeri itu.
 
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, beliau juga menunggu laporan daripada Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berhubung keadaan terkini.
 
"Saya sedang memantau apa yang berlaku di Terengganu dan berharap supaya ia tidaklah menjadi sesuatu yang membebankan rakyat nanti," katanya.
 
Ditanya kemungkinan pilihan raya negeri akan perlu dilakukan, Najib berkata, ia sesuatu yang tidak boleh diduga. "Ia tertakluk kepada disiplin dalam kalangan anggota (wakil rakyat) BN di negeri itu." ..dan mereka sudah menandatangani pengakuan untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di sini, hari ini.
 
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Indonesia berakhir hari ini, berkata demikian mengulas berhubung kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu diadakan jika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dipecat daripada parti.
 
Ahmad Raziff sebelum ini menyerahkan kepada Umno pusat untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, tiada tindakan terhadap Ahmad setakat ini.
 
Jika Ahmad dipecat, majoriti kerajaan BN Terengganu sebagai kerajaan akan menjadi sangat tipis. Umno Terengganu kini menguasai 17 kerusi manakala 15 lagi oleh pembangkang.
 
 

Tiada ulasan: