Rabu, 3 Ogos 2016

Saya dengar ada parti Peter Pan dalam pembangkang - KJ

 
 
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin


“UMNO peduli apa dengan parti baharu yang khabarnya akan ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebab sudah terlalu banyak parti pembangkang di negara ini hinggakan parti Peter Pan (Parti Amanah Negara) pun ada.

“Apa yang penting, UMNO di bawah naungan Barisan Nasional (BN) akan bertemu dengan semua parti pembangkang ini pada pilihan raya umum (PRU-14) nanti dan kami telah siap untuk bertempur.” kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika ditanya tentang penubuhan parti baharu yang akan dibentuk oleh Mahathir pada sidang media di Cheras pagi tadi.

Bagi Khairy, sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa pun boleh menubuhkan parti politik jika mahu asalkan memenuhi syarat.

“Saya cuma kenal parti Pas, DAP dan PKR sahaja kerana parti-parti ini telah lama ditubuhkan. Nama parti lain saya tak tahu tetapi ada dengar kewujudan parti Peter Pan yang merupakan parti pembangkang,” ujarnya.

Kata Khairy, seberapa banyak pun parti pembangkang yang ditubuhkan, beliau yakin BN tetap akan menjadi pilihan rakyat pada PRU-14 nanti.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: