Khamis, 4 Ogos 2016

Pemuda Amanah gesa Azwan Bro disiasat

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun
 
 
SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah hari ini mendesak pihak berkuasa menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Hal ini kerana kata ketuanya, Asmirul Anuar Aris, Khairul Azwan atau lebih dikenali dengan panggilan Azwan Bro telah membuat laporan polis palsu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Azwan Bro syukur usaha gulingkan Najib gagal]

“Kami desak supaya Khairul Azwan disiasat kerana membuat laporan polis palsu selaras dengan Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairul Azwan pada 26 Julai lalu telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporannya, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan.

Khairul Azwan juga mendakwa ketiga-tiga individu yang disebut disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi - agensi asing termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran dan didakwa memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

“Pihak polis seharusnya tidak memilih bulu atau double standard kerana tindakan ini mencemari prinsip kedaulatan undang - undang, integriti dan kredibiliti pasukan polis itu sendiri,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan: