Selasa, 2 Ogos 2016

AMINNN...SAMA DAN SERUPA

shahbudindotcom


Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan menjadikan firman Tuhan sebagai pegangannya.

Dalam kenyataan pertama bersama tugas barunya itu, Dzulkifli berkata beliau sedar akan perintah Tuhan yang menyeru orang-orang beriman agar tidak khianat kepada amanah yang diberikan.
 
 
 
 
Perintah Allah SWT itu akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang melaksanakan amanah yang berat ini, katanya lagi.

Aminnn...

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran  yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan kepada pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, falsafah itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah juga falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama.
 
 
 
 
Falsafah Al-Quran itu juga memberikan saya inspirasi untuk mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara "Bertekad Menegakkan Keadilan", tulis Apandi dalam sebuah akhbar.

Juga Aminnn...

Kedua-dua mereka nampaknya sama-sama berpegang kepada Al-Quran.

Tetapi, Dzulkifl didapati duduk bersebelahan Apandi ketika Peguam Negara itu mengadakan sidang media pada 26 Januari lalu yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan terhadap siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta serta dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
 
 
 
 
Dalam kenyataannya semalam, Lim Kit Siang percaya Dzulkifli ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara telah memainkan peranan penting dalam membantu membersihkan nama Najib. Jawatan akhir Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara.

Mudah-mudahan dengan sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pegangan, kedua-dua mereka benar-benar berpegang kepada ajaran serta perintah Tuhan dan bukan sekadar memegang Al-Quran ketika membacanya saja.


Tiada ulasan: