Oleh Aliff Fikri
KUALA LUMPUR: Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya
Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia.
Mereka berkata, tindakan perlu diambil berikutan penolakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas siasatan kerugian US$11 bilion
dan sumbangan derma US$700,000 1MDB yang sedang disiasat Biro Siasatan
Persekutuan (FBI).
Menurutnya,
tanpa mengira keputusan siasatan tersebut, skandal itu telah membawa
rekahan mendalam antara Najib dan institusi kerajaan berkenaan bagaimana
untuk menangani perkembangan rasuah.
“Hasilnya, sokongan domestik Najib telah jatuh merudum dan krisis
berterusan ini memburukkan lagi perbezaan kaum, agama dan mewujudkan
persekitaran politik bahaya.
“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan jangka panjang Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menangani keganasan.
“Kami berharap untuk bekerja dengan anda untuk menyokong usaha-usaha
mengembangkan perkongsian komprehensif bersama Malaysia berdasarkan
kemajuan substantif ke arah demokrasi, undang-undang, anti rasuah dan
hak asasi manusia,” kata Benjamin L Cardin dan John McCain dalam surat
kepada Obama bertarikh 3 Februari itu.
Menurut mereka lagi, hubungan dengan Malaysia mestilah dibina melalui asas dan prinsip-prinsip demokrasi.
Katanya, tindakan Najib jelas telah menimbulkan kebimbangan apakah
Malaysia merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai di rantau ini.
“Kami berharap anda akan mengajukan permasalahan ini dalam mesyuarat
bersama pemimpin Malaysia pada persidangan ASEAN Summit akan datang,”
tegas mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan