Sabtu, 22 Ogos 2015

Umno Selangor perlu bersatu hati untuk menang

 Noh Omar
Noh Omar
 
 
SHAH ALAM - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Umno dan BN merampas semula Selangor daripada pembangkang.
 
Noh  berkata formulanya senang sahaja iaitu semua pihak dalam Umno Selangor bersatu hati menjaga bahagian masing-masing.
 
"Hendak menang Selangor ini bukan susah sangat, senang sahaja masing-masing jaga bahagian masing-masing.
 
"Kalau Shah Alam boleh jamin Kota Anggerik kita menang, Batu 3 kita menang, Parlimen kita menang dan saya sudah ada kerusi dan kita perlu cari beberapa kerusi lagi.
 
"Dalam pada itu kalau orang Shah Alam kembali kepada BN saya percaya dan yakin seluruh Selangor akan menang," katanya di ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam di Wisma Orkid, Bangunan PKPS Shah Alam hari ini.
 
Mengulas lanjut, Noh berkata oleh itu Umno Selangor perlu kekal utuh untuk mengembalikan kekuasaan Umno di negeri tersebut.
 
"Kita perlu kekal bersatu dan saya yakin Umno Shah Alam kekal bersatu," ujarnya.
 
Dalam pada itu Noh berkata Umno Selangor dibawah kepimpinannya terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memimpin negara.
 
"Dalam keadaan yang bergelora sekarang, Umno Selangor akan terus berdiri kukuh di belakang Presiden yang juga merupakan Perdana Menteri," katanya.
 
 

Tiada ulasan: