Sabtu, 8 Ogos 2015

UMNO rosak kerana sikap bermuka-muka

 
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kelompok itu hanya memuji dengan berpura-pura untuk mengekalkan jawatan


Muhyiddin-Yassin,-umno


PAGOH: Pemimpin UMNO pada masa ini semakin ramai dikelilingi oleh mereka yang bermuka-muka dan tidak ikhlas.

Luahan itu dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan kelompok itu hanya memuji untuk mengekalkan jawatan.

“Saya nak cerita ada kawan kita dalam satu majlis itu, sebelum majlis mengata macam-macam kepada pemimpin.

“Namun apabila pemimpin itu bangun sahaja, beliau memuji dengan mengucapkan taniah.

Katanya pujian itu ‘untuk hidup’,” katanya dihadapan 600 orang perwakilan Bahagian UMNO Pagoh yang hadir dalam mesyuarat Bahagian Pagoh UMNO.

Ahli Parlimen Pagoh berkata tidak semua ahli dan pemimpin di dalam UMNO yang berani untuk menegur ketua mereka sekiranya ada membuat sesuatu kesalahan.

“Kebanyakan kita hanya dikelilingi dengan penyokong yang memberitahu ‘its ok sir things are so good’, ‘don’t worry sir’, ‘everything is ok sir’ dan ‘yes sir’,” katanya lagi.

Muhyiddin juga menasihatkan agar seseorang pemimpin jangan terlalu pandang ke hadapan sahaja sehingga tidak melihat sikap orang disekelilingnya.

Beliau berkata UMNO mesti berani bersuara dan membuat perubahan.

“Jika tidak ubah, orang akan ubah,” katanya.

Tiada ulasan: