MALAYSIAKINI
Ada ahli akar umbi Umno berpendapat, tindakan memasukkan wang
sebanyak RM2.6 bilion ke akaun peribadi presiden mereka bukan sesuatu
yang wajar.
Jika transaksi itu masih diperlukan, kata seorang veteran Umno Kuala Nerus, ia sepatutnya diuar-uarkan kepada beberapa pihak.
Beliau
yang mahu dikenali sebagai Pak Syed, 75, juga berkata penerangan secara
berterusan ke pihak bawahan juga penting bagi memastikan semua ahli
jelas denga segala perkara berlaku.
"Secara terus terang, mereka (akar umbi) tak setuju dengan masukkan wang ke akaun peribadi.
"Tetapi
kalau masukkan pun, biar beberapa orang lain juga tahu. Jika tidak, ia
seolah-olah hak peribadi. Saya memang rasa tindakan (masuk duit ke akaun
peribadi) itu tak tepat. Sepatutnya tak perlu begitu.
"(Tapi)
penerangan juga penting dan kena turun ke akar umbi dan beri penerangan
sejelas-jelasnya," kata beliau yang menganggotai Umno lebih dari 50
tahun.
Selain itu, menyentuh mengenai masalah dalaman yang melanda
Umno ketika ini, beliau berkata sikap taat pada ketua perlu diamalkan.
Katanya, setiap masalah juga perlu diselesaikan secara diplomasi dan bukan dengan menentang antara satu sama lain.
"Kita ahli-ahli ini sepatutnya bersama di belakang ketua.
"Kita tak kata ketua kita betul 100 peratus, tetapi cara penyelesaian itu bukan dengan membelakang, menentang atau mendedahkan.
"Sepatutnya secara rundingan dalaman dan diplomasi," katanya lagi.
Percaya kebijaksanaan PM
Bagi ketua Umno cawangan Kampung Telaga Daing, Wan Hamzah Wan Yusof (gambar atas),
walaupun sebelum ini terdapat akar Umno yang tidak berpuas hati
berhubung dakwaan wang derma disalurkan ke akaun peribadi Najib, beliau
menyerahkan perkara itu pada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.
"Pada
asalnya sebahagian tidak berpuas hati tapi dengan ada penjelasan,
sedikit sebanyak kita serahkan pada kebijaksanaan pucuk pimpinan dan
Najib untuk buat yang terbaik untuk rakyat.
"Mungkin dia ada agenda yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Perwakilan Wanita Umno Normazlira Zakaria (kanan)
pula berkata, walaupun meragui penyaluran RM2.6 bilion ke akaun perdana
menteri itu, namun beliau berfikiran positif dan yakin Najib mempunyai
misinya tersendiri.
"Mula-mula difikirkan memang ada keraguan,
tetapi sebab saya berfikiran positif, mungkin Najib ada dia punya visi
dan misi masing-masing," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan