MALAYSIAKINI
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad
Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan
Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan
itu.
Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika
sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.
Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan.
Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut.
Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'.
Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam
ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.
Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada
Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa
dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.
"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini.
"Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan