shahbudindotcom
Derma
RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja
terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau
melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.
Popularnya
Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut
beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi
lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.
Sepertimana
kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa
pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma
menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah
dan dipercayai sekali di dunia ini.
Ini
tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita
kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu
sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan
bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja
sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.
Jika
benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan
berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.
Rekod dunia lagi...
Bagaimanapun,
sejak wang itu ditakrifkan sebagai derma, Najib masih berkias-kias
mengenainya. Beliau hanya menyatakan ia untuk kepentingan parti dan
sedia mendedahkannya jika parti-parti pembangkang juga mahu mendedahkan
akaun masing-masing. Namun tidak pula Najib menyatakan sedia mendedahkan
akaun peribadinya.
Beliau
juga enggan memberitahu siapakah penderma itu, cuma dikatakan daripada
Timur Tengah. Siapakah agaknya manusia berhati malaikat yang menderma
tidak mengharapkan balasan itu?
Selebihnya,
untuk mengesahkan beliau menerima derma itu, Najib turut menyatakan
rasa kesal kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempertahankannya dengan
bersungguh-sungguh sedangkan sudah mengambil wang daripadanya.
Abdul
Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN dalam mempertahankan
Najib menyatakan, penggunaan akaun peribadi lebih selamat berbanding
akaun parti dan beliau serta ahli-ahli parti pula lebih yakin
mengenainya.
Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dalam nada yang sama berkata,
kemasukan ke dalam akaun peribadi lebih telus berbanding pemberian wang
tunai kepada Najib.
Tengku
Adnan Tengku Mansor turut menyatakan amalan biasa bagi mana-mana parti
membenarkan presidennya memiliki akaun amanah atas nama peribadi.
Hakikatnya,
hanya para menteri yang banyak berkata-kata menyokong kemasukan wang
tunai ke dalam akaun peribadi sebagai halal manakala di peringkat
bahagian atau akar umbi, lebih banyak yang berdiam diri, malah mengeluh
kerana tidak mampu berdepan dengan orangramai dalam isu itu.
Dalam
masa yang sama, kiranya kata-kata menteri ini mahu dijadikan pegangan,
ia memberi gambaran seolah-olah para pemimpin, ketua jabatan, guru
besar, pengerusi PIBG dan sebagainya tidak dianggap bersalah jika
menerima sumbangan derma ke dalam akaun peribadi mereka.
Rakyat,
bagaimanapun terutamanya ibu bapa tentu pening kepala dengan pendirian
menteri-menteri ini kerana selama ini mereka sering menasihatkan
anak-anak agar bekerja dengan baik dan jangan mudah menerima sebarang
bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk tunai, barangan, hamper atau
derma sekali pun.
Anak-anak
muda yang sedang belajar, terutama dalam bidang undang-undang dan
pentadbiran pula terpaksa membuka lebih banyak buku untuk menjustifikasi
penerimaan wang, termasuk derma, rupa-rupanya bukan lagi suatu bentuk
rasuah.
Tetapi di sebalik itu, semuanya menyatakan derma RM2,600 juta itu adalah dana politik untuk UMNO bagi kelangsungan perjuangannya dalam mempertahankan kuasa.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Paul Low bagaimanapun nampaknya masih ada
sedikit intergriti apabila mengatakan dana politik hanya boleh
dimasukkan ke dalam akaun parti dan tidak kepada akaun peribadi
pemimpin.
Tak tahulah bagaimana nasib beliau dalam kabinet selepas ini...
MCA turut menyatakan dana politik untuk parti sepatutnya disalurkan kepada akaun parti.
Setiausaha
Agungnya, Ong Ka Chuan berkata, bukan amalan parti itu mendepositkan
wang ke dalam akaun peribadi presiden dan memegangnya bagi pihak parti
untuk menghalang kemungkinan ia digunakan untuk kepentingan peribadi.
Barangkali hanya di era Najib, derma parti disimpan dalam akaun peribadi. Ohh, ini pun mungkin rekod dunia juga!!
Okaylah...oleh
kerana para pemimpin UMNO tak habis-habis berkuntau dan bersilat
mempertahankan wang itu sebagai derma politik untuk UMNO, manakala SPRM
pula sudah mengesahkan demikian, kita terima terima sajalah hakikat
tersebut walaupun bukan dengan sepenuh hati dan masih banyak tanda tanya
dalam sanubari.
Terus
berhujah pun tidak ke mana-mana, cuma sekadar boleh mengurangkan lagi
sokongan rakyat kepada Najib dan UMNO saja. Kalau masih mahu menghukum,
tunggulah waktu pilihanraya atau pemilihan parti nanti.
Atau
boleh juga ikut nasihat sesetengah pemimpin yang bijaksana, pindah saja
ke luar negara atau planet Marikh kalau tidak suka negara
ini....hehehe.
Cumanya, soalan perlu ditanyakan kepada Najib, kalau wang tersebut merupakan derma untuk dana politik, di mana baki selebihnya?
Apakah wang berkoyan-koyan sebanyak RM2,600 juta itu sudah habis dibelanjakan?
Jika
ada bakinya, kenapa Najib masih menyimpannya dan tidak segera
dipulangkan kepada akaun parti? Bukankah derma itu diberikan untuk UMNO
dan Najib cuma pemegang amanahnya saja?
Bagaimana jika Najib tiba-tiba meletakkan jawatan atau usianya tidak panjang, siapakah yang mewarisi baki wang itu?
Kalau
wang itu sudah habis pula, sejak menerimanya pada 2013, tentu saja
Najib layak tercatat dalam rekod dunia sekali lagi dengan kemampuan
berbelanja yang begitu luar biasa sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan