Ahad, 9 Ogos 2015

‘Saya dianggap tak punya kuasa,’ kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin.
 - Foto Bernama


PETALING JAYA - "Saya dianggap tidak punya kuasa sejak saya digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri", kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, meskipun masih menerima undangan merasmikan mesyuarat Umno, beliau berasa ragu-ragu dengan jemputan yang diterima.

"Saya tanya mereka yang jemput saya untuk rasmikan majlis mesyuarat, betulkah mereka mahu saya yang datang rasmikan (majlis mesyuarat)?

"Saya minta supaya check (periksa) betul-betul, OK ke kalau saya datang rasmikan?" katanya sambil disambut ketawa perwakilan yang hadir.

Menurut Muhyiddin, alasan tidak lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri merupakan antara punca utama kebanyakan perwakilan membatalkan jemputan merasmikan mesyuarat yang sepatutnya dirasmikan oleh beliau.

"Kata mereka, saya bukan lagi memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri. Sebab itu mereka batalkan jemputan.

"Apa salahnya? Saya masih lagi Timbalan Presiden Umno. Tidak bolehkah saya bercakap di atas platform itu?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara di Hotel Cystal Crown, di sini, hari ini.

"Saya tanya mereka yang jemput saya (bagi merasmikan majlis mesyuarat), beranikah mereka menerima saya sebagai perasmi?

"... Selain Pagoh, saya puji barisan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara kerana agak tegas dengan pendirian mereka untuk menjemput saya dan menghormati institusi timbalan presiden," katanya lagi.

Tiada ulasan: