Jumaat, 14 Ogos 2015

Rafizi kasihan lihat nasib ahli Umno

MALAYSIAKINI


 


Umno tidak lagi mendengar suara akar umbi ahli parti itu kerana presidennya dan 191 ketua bahagiannya terlalu mengutamakan kepentingan diri masing-masing dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu, ahli di peringkat bawahan Umno selalu menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan negara dan parti mereka namun pihak atasan, termasuk presiden parti tidak mempedulikan keluhan mereka.

“Ini yang saya kasihan kawan-kawan Umno. Mereka adalah rakyat seperti kita, faham (masalah dihadapi) dan (mereka) menyuarakan kebimbangan rakyat biasa dalam mesyuarat mereka.

“Umno ini tidak pernah dikawal oleh akar umbi. Umno dikawal oleh 191 ketua bahagian. Kalau di atas sekali presiden, Datuk Seri Najib Razak, dia ada kepentingan dia…

“Dan yang 191 ketua bahagian ada kepentingan dia juga. Walau suara akar umbi dalam Umno kuat pun, masing-masing (Najib dan ketua bahagian) jaga kepentingan mereka. Suara akar umbi tidak akan dipedulikan di bahagian atas,” katanya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas kenyataan perwakilan Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin yang mendakwa tiga juta anggota parti itu kini menjadi mangsa “kencing” Najib.

Kata Rafizi lagi walaupun Presiden Umno menyedari terdapat keluhan daripada akar umbi, namun oleh kerana wujud budaya mendahulukan kepentingan peribadi, Najib tidak berbuat apa-apa.


Tiada ulasan: