Sabtu, 8 Ogos 2015

Pas terima aduan, mula siasat Harapan Baru

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


KUALA LUMPUR - Pas masih belum membuat sebarang keputusan terhadap penglibatan ahlinya dalam Gerakan Harapan Baru susulan baru sahaja menerima aduan dalam mesyuarat bulanan mereka, hari ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini ahli yang terlibat dalam gerakan itu masih ahli Pas.

"Kita baru terima laporan hari ini namun parti tidak membuat sebarang keputusan terhadap mereka kerana kita masih lagi menunggu laporan-laporan dari negeri-negeri.

"Bagi parti, mereka masih lagi ahli Pas dan Pas akan ambil tindakan dalam konteks dia (ahli) sebagai ahli Pas yang terikat dengan dasar dan peraturan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan tersebut.

Menurutnya, aduan yang diterima perlu diteliti sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jawatankuasa akan mengkaji laporan-laporan tersebut. Hari ini kita terima laporan tak adil kalau kita terus putuskan. Hukuman dibuat nanti mengikut kes berdasarkan tahap kerosakan imej yang dilakukan.

"Hukuman terakhir adalah pecat. Bentuk hukuman mula-mula amaran, gantung kemudian baru pecat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jika mana-mana ahli menyertai parti politik lain, keahliannya gugur secara automatik.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, hampir semua negeri menghantar aduan hari ini.

"Kita kena semak setiap laporan supaya kita tak buat keputusan terburu-buru.

"Antara bentuk aduan adalah ajakan keluar parti, penglibatan dengan aktiviti Harapan Baru dan sebagainya," katanya.

Tegas Mohd Amar, setiap ahli berhak membela diri berdasarkan prosedur parti.


5 ulasan:

IrWrWs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IrWrWs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IrWrWs berkata...

Sebagai ahli PAS di peringkat akar umbi saya merayu agar pihak kepimpinan pecat shj GHB dan PASMA ini demi melepaskan mereka dari ikatan Bai'ah.. Selagi mereka berada dalam parti akan lebih membawa kemudharatan dari kebaikan.. Bagaimanapun, pastikan mereka setuju utk meletak jawatan sbg ADUN atau MP terlebih dahulu.. Yg paling penting mereka tidak perlu lagi risau akan akibat dilanggar sumpah Bai'ah..

IrWrWs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
IrWrWs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.