Rabu, 5 Ogos 2015

Pas sedia dedah dana

Mohd Amar Abdullah
Mohd Amar Abdullah
 
 
KOTA BHARU – Pas bersedia mendedahkan senarai sumber dana atau pembiayaan politik yang diterima sekiranya ada undang-undang mengehendaki pihaknya berbuat demikian.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas akan patuh jika perlu berbuat demikian tetapi buat masa sekarang perkara itu tidak dikuatkuasakan.

“Kita nak isytihar buat apa sebab dana yang diperoleh hanya dari kutipan derma, Umno yang kena buat begitu sebab banyak dapat sumbangan, sekarang rakyat mahu tahu RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu sahaja.

“Rakyat tidak peduli pada pembangkang sebab mereka tahu kita tiada duit, apa-apa pun berkenaan dana ini kena rujuk pimpinan atas. Kita banyak menerima derma dari ahli nak isytihar pun rasa malu sebab jumlahnya kecil sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis istiadat
Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kali ke-17 di Kompleks Balai Islam Lundang, semalam.

Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Najib agar diwujudkan semula peraturan yang mengehendaki parti politik mendedahkan senarai sumber dana politik yang diterima mereka.
 
 
 

Tiada ulasan: