MALAYSIAKINI
Ketegangan antara PAS Kuala Terengganu dengan anggota parlimen mereka
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyertai Gerakan Harapan
Baru (GBH) terus berpanjangan.
Ia hari ini dilihat memasuki episod baru apabila akar umbi PAS
memberikan kata dua kepada Kamarul Bahrin supaya memohon maaf dan
memutuskan hubungan dengan GBH.
“Jika
sekiranya Datuk Raja Kamarul Bahrin masih gagal berbuat demikian dalam
tempoh yang diberikan maka akar umbi, aktivis dan kepimpinan PAS Kawasan
Kuala Terengganu sebulat suara menuntut Datuk Raja Kamarul Bahrin
meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu dengan
serta-merta,” kata Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan
Abdullah.
PAS Kuala Terengganu Ahad lalu secara rasmi memutuskan sebarang
kerjasama dengan Kamarul Bahrin selepas beliau dikatakan mengisytiharkan
diri sebagai pengerusi GHB negeri.
Raja Bahrin bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat apa-apa
keputusan tetapi dukacita dengan tindakan PAS itu kerana ia diumumkan
sebelum majlis rumah terbuka hari rayanya.
Penentangan keras akar umbi PAS itu dilihat berlaku memandangkan
Terengganu merupakan kubu kuat PAS dan negeri kelahiran presidennya
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menetap di Marang.
Semalam, PAS negeri menerima tamparan awal apabila bapa saudara kepada
sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail
mengumumkan keluar parti kerana tidak puas hati dengan kekalahan
kumpulan progresif dalam pemilihan parti.
Hadi beri penjelasan
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, PAS Kuala Terengganu berkata
keputusan itu dibincangkan dalam perbincangan tergempar di Kuala
Terengganu semalam yang dikatakan dihadiri lebih 1,000 orang.
Wan
Sukari berkata, keputusan itu disokong penuh akar umbi, aktivis dan
kepimpinan PAS akar umbi bagi mengelakkan “masalah GHB dan
ketidakpatuhan kepada arahan pimpinan” merebak.
“PAS kawasan Kuala Terengganu sama sekali tidak bertolak ansur dalam
prinsip menjunjung disiplin parti sebagai asas kekuatan perjuangan,”
katanya.
Mereka juga akan menghantar laporan lengkap kepada PAS Pusat selaras
dengan arahan berhubung isu GHB bagi membolehkan tindakan selanjutnya
diambil oleh.
Sementara itu, Wan Sukairi juga berkata terdapat juga pertemuan dengan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah sudi memberikan
penjelasan terhadap pelbagai isu serta menjawab soalan peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan