MSO
Kata orang setelah teratuk baru hendak mengadah, begitulah
keadaan dialami Naji Razak kini yang membayangkan cadangan untuk
menyekat kebebasan laporan dalam Internet. Menurutnya kerajaan bercadang
untuk melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.
Macam manahkah standard antarabangsa itu?
Kita faham kenapa Najib baru menyedari perkara itu sekarang ini dan
tidak sebelum ini. Jawabanya kerana beliau sudah merasai kesakitan
akibat kebebasan Internet atau cara rakyat negara ini mengamalkan
kemudahan berkenaan. Kebebasan Internet tidak mengikut standard
antarabangsa telah memakan dirinya?
Pendedahan cerita busuk mengenai skandal 1MDB sangat-sangat memakan diri Najib.
Sebelum ini ketika orang lain menjadi mangsa Internet, Najib hanya diam
membisu dan seolah-olah mepercayai apa yang dilaporkan. Misalnya apa
diterima dan dialami oleh bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dimana
moralnya dijatuhkan menerusi Internet, Najib dan kerajaan tidak pun
berkata apa-apa mengenai hal itu.
Najib memerhati dengan penuh senyuman dan dalam hati berkata mujur.
Bahkan laporan dan pendedahan fitnah menerusi Internet mengenai rendah
moral Anwar dipetik disiarkan pula oleh akhbar kebangsaan yang kononnya
mempunyai integriti, sebenarnya menjadi lidah kepada Umno sendiri. Najib
jelas doubles standard dalam hal ini bertindak apabila sesudah ia terkena ke atas batang hidungnya.
Tindakan Najib sebegini bukan menggambarkan seorang pemimpin yang adil
jauh sekali yang mendahului kehendak rakyat seperti mana yang
dihemburkan dalam slogannya.
Secara peribadi memang saya setuju kalau penggunaan Internet dan
penyiaran laporan berkaitan seseorang dikawal bagi mengelakkan terjadi
penganiyaaa melampau. Tidak dinafikan fitnah berlambak-lambak dalam
Internat dan ia mudah dipercayai. Kerana tidak ada kawalan dari segi
menilai berita dilaporkan daripada penggunaan menyebabkan fitnah
dianggap satu kebenaran.
Untuk melakukannya juga mudah kerana tiada kawalan. Oleh kerana itu
kawalan, tetapi kalau hendak dilaksanakan bukan setelah diri kita
terkena dengan fenomena Internet, tetapi buatlah secara menyeluruh dan
untuk kebaikan bersama.
Najib dalam hal ini bukan sahaja perlu menyelamatkan dirinya tetapi diri
orang lain sama. Untuk itu beliau harus juga membuat kenyataan bahawa
setiap laporan yang dilemparkan ke atas diri Anwar Ibrahim atau
mana-mana tokoh sebelum ini adalah mangsa kebebasan Internet seperti
mana yang beliau rasai kini.
Dalam pada itu kerajaan selain daripada cuba mengekang kebebasan
Internet demikian perlu juga memperkenalkan tatacara atau piagam untuk
melayani setiap laporan Internet sebelum dipercayai. Rakyat atau waga
Internet juga perlu diberi kesedaran dan kefahaman menggunakan, menerima
atau mengakses laporan Internet secara benar dan bertanggungjawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan