Ahad, 2 Ogos 2015

Muhyiddin sangkal tohmahan untuk tumbang kerajaan

 
Beliau mengulangi ikrar untuk terus memperkukuh parti dengan menyuarakan pandangan sendiri.


muhyiddin_talk_600


PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa beliau ingin menumbangkan kerajaan.

Katanya, tohmahan pihak tertentu terhadap dakwaan berkenaan juga tidak munasabah kerana sebagai orang nombor dua dalam parti, beliau akan terus membantu memperkukuh kerajaan.

“Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal, selagi tanggungjawab ada, saya akan bantu Presiden dan tidak lepaskan tanggungjawab.

“Kita kena susun langkah untuk mengatasi pelbagai masalah negara seperti beban kos hidup rakyat dan hal-hal berkaitan keselamatan,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kluang, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau mengulangi janji akan terus membantu Najib untuk mengukuhkan parti dan pada masa akan menyuarakan pandangan sendiri terhadap kelangsungan parti itu.

Menyentuh mengenai bahagian UMNO yang bertindak menarik jemputan untuk beliau merasmikan persidangan perwakilan, beliau menjelaskan tidak akan mengambil hati.

Sebelum ini UMNO Bahagian Raub memutuskan untuk membatalkan jemputan perasmian yang sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin.

Tiada ulasan: