shahbudindotcom
Para
pemimpin UMNO nampaknya masih kebingungan dan tercari-cari jawapan yang
sebenar mengapa wang sebanyak RM2,600 juta dimasukkan ke dalam akaun
peribadi Perdana Menteri, Najib Razak walaupun ia telah disahkan oleh
SPRM sebagai derma daripada Timur Tengah.
Dari
hari ke sehari, apabila pemimpin UMNO membuka mulut untuk
mempertahankan kemasukan wang tersebut, ia sentiasa saja berbeza dan
berlainan antara satu sama lain.
Bukan
saja rata-rata rakyat Malaysia ketawa serta gelihati dengan jawapan
yang berbeza itu, bahkan barangkali Najib dan isterinya Rosmah Mansor
pun terbahak-bahak sama melihatkan pemimpin-pemimpin UMNO itu sanggup
terus menerus mereka-reka jawapan semata-mata untuk dilihat paling ke
depan mempertahankan sang Perdana Menteri.
Pada
peringkat apabila isu wang RM2,600 juta itu didedahkan oleh The Wall
Street Journal, berlumba-lumba pemimpin UMNO mengatakan ia sebagai
fitnah serta konspirasi asing untuk menjatuhkan kepimpinan Melayu dan
Islam di negara ini.
Ketua
Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang baru-baru ini kena boo di
bahagaiannya sendiri, Pontian pernah berkata, "Perdana Menteri bukannya
bodoh untuk membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya."
Oleh
kerana terpedaya dengan tanggapan bahawa Najib benar-benar seorang yang
cerdik, Mursyidul Am Pas Dr Haron Din juga menyifatkan tidak masuk akal
wang sejumlah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib, sebaliknya
jika mahu dilakukan tentulah melalui akaun rahsia di luar negara.
Najib
pula, mungkin kerana terasa dirinya benar-benar cerdik dan berjaya
membuatkan semua orang tidak percaya dengan kemasukan wang itu, kemudian
tampil mengucapkan penghargaan kerana ketidakpercayaan Dr Haron Din itu
sambil berkata, "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya masukkan
dalam akaun di Malaysia."
Ahli
MT UMNO, Sharkar Shamsuddin pula berkata, Najib dan UMNO menjadi
sasaran konspirasi asing adalah bertujuan melemahkan kedudukan Melayu
dan Islam di negara in memandangkan parti itu memiliki 89 kerusi
Parlimen berbanding Pas yang hanya mempunyai 21 kerusi saja.
Selepas
itu berbagai dakwaan dilemparkan terhadap WSJ yang didakwa membuat
laporan palsu dan fitnah terhadap Najib. Sehinggalah apabila SPRJ
mengesahkan wang tersebut benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun
peribadi Perdana Menteri dan mengklasifikasikannya sebagai derma dan
bukan berunsur rasuah, lenggok kata para pemimpin serta merta berubah
nada.
Masing-masing
cuba tampil dengan hujah yang dirasakan paling ampuh untuk
mempertahankan Najib. Ada yang mengatakan ia dana politik untuk
pilihanraya, derma sebagai tanda penghargaan memerangi keganasan IS dah
terbaru ini, seorang pemimpin UMNO Aziz Kaprawi berkata, dana itu adalah
untuk melawan DAP yang didalangi oleh Yahudi.
Jika
dulu, Ketua UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat sudah "kantoi" apabila
mengaitkan derma itu dengan IS sedangkan pada Mac 2013 ketika Najib
menerima wang tersebut, daulah Islamiah berasal Syria itu belum pun
wujud lagi, kini Aziz juga "kantoi" sama nampaknya.
Bagaimana
beliau boleh mengaitkan derma daripada Timur Tengah itu untuk melawan
DAP yang kononnya ditaja Yahudi sedangkan sebaik menjadi Perdana Menteri
pada 2009, Najib sendiri melantik APCO sebuah syarikat yang ada kaitan
dengan Yahudi sebagai perunding medianya di peringkat antarabangsa.
Timbalan
Perdana Menteri, Zahid Hamidi dalam nada yang hampir sama berkata,
derma itu diberikan kerana sikap Malaysia yang komited memerangi
keganasan, berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah serta mengamalkan
Islam yang sederhana dan oleh yang demikian, ia diberikan agar UMNO dan
BN terus kekal berkuasa.
Zahid juga mengatakan beliau telah bertemu dengan penderma terbabit serta melihat dokumen asal mengenainya. Wahh, hebatnya....
Tidak
sampai sebulan menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ternyata jauh
lebih hebat berbanding Muhyiddin Yassin yang hampir enam tahun memegang
jawatan itu tetapi langsung tidak tahu apa-apa mengenai wang RM2,600
juta itu sehinggalah ia didedahkan oleh WSJ.
Dengan begitu hebatnya Zahid ini, sepatutnya beliau lebih awal daripada Tun Musa Hitam lagi dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Melalui
jawapan yang berbeza-beza sehingga sekarang ini, para pemimpin UMNO
seolah-olah terus dibelenggu rasa bersalah berkaitan wang tersebut
walaupun mungkin antara mereka turut menerima sejumlah kecil antara RM1
juta atau RM2 juta daripada RM2,600 juta itu.
Bukankah
sebetulnya mereka tidak perlu risau apa-apa lagi tentang wang itu
kerana SPRM sudah mengesahkannya sebagai derma dan halal diterima?
Kalau sudah disahkan derma dan dihalalkan pula SPRM, kenapa perlu bising-bising lagi, diam saja pun tak mengapa!!
Tetapi
jika para pemimpin UMNO terus menghadapi kesulitan meyakinkan rakyat
mengenai wang tersebut atau mungkin kerana ada rasa bersalah kerana
terus diperkatakan rakyat, lebih baik mereka mengatakan ia merupakan
derma untuk kemudahan Perdana Menteri dan keluarganya berbelanja dan
membeli-belah di seluruh pelusuk dunia.
Jika
itu jawapannya, sudah tentu ia sangat mudah dipercayai oleh sesiapa
saja dan mereka tidak perlu terus mereka-reka jawapan yang berbeza yang
akhirnya hanya menjadi bahan ketawa saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan