Rabu, 26 Ogos 2015

Khir Toyo rebah selepas pulang berjoging

THE MALAYSIAN INSIDER


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke hospital pagi tadi kerana rebah selepas berjogging. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2015.


Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke hospital pagi tadi kerana rebah selepas berjogging. – Gambar fail The Malaysian Insider,




 
  
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, pagi ini.

Sumber pejabat Dr Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, beliau  yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulans.
 
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, beliau kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.

"Setakat 6 petang tadi, keadaan beliau stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu. 
 
Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Dr Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadapnya bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni pada 2007. – Bernama,


Tiada ulasan: