Isnin, 24 Ogos 2015

Kaji Dahulu Berita Di Media Sosial Sebelum Jadi Fitnah - Idris Haron

RAKYATNEWS


idris haron, menteri besar melaka


KUALA LUMPUR - Segala berita buruk terhadap Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial boleh mendatangkan fitnah sekiranya tidak dikaji terlebih dahulu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Haron berharap fitnah dilaman media sosial akan dapat diberhentikan selepas menyarankan agar semua pihak dapat mendoakan supaya berita keburukan mengenai Najib merupakan satu fitnah.

"Kita bersama-sama berdoa supaya Datuk Seri Najib berjaya melepasi halangan ini.

"Saya katakan begitu kerana apa sahaja yang diberitakan di dalam media sosial adalah mempunyai unsur fitnah, mehna dan tribulasi.

"Marilah kita berazam supaya fitnah itu terhenti dihujung jari  kita," katanya ketika berucap merasmikan 
UMNO Bahagian Wangsa Maju di Hotel Grand Season di sini, hari ini.

Persidangan itu dihadiri lebih 300 perwakilan di setiap peringkat.

Turut serta termasuk Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah.

Beliau menjelaskan, menjadi lumrah seorang pemimpin nombor satu negara seperti Najib tidak terlepas daripada tohmahan dan fitnah dari pelbagai pihak demi kepentingan politik peribadi.

Katanya, situasi Najib pernah berlaku kepada mana-mana Presiden UMNO sebelum ini termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

"Datuk Onn Jaafar yang merupakan pengagas UMNO telah dituduh sebagai pengkhianat  sehingga meninggalkan parti.

"Tunku Abdul Rahman berhadapan dengan situasi yang lebih getir yang akhirnya terpaksa meletakkan jawatan.

"Begitu juga dengan Tun Razak apabila dicabar berkali-kali oleh Datuk Harun Idris sehingga Tun Razak meninggal.

"Malah Tun Hussein Onn juga berhadapan dengan kekakangan politik  sehingga terpaksa meletakkan jawatan ketika beliau berada di dalam kekuatan yang maksima iaitu mengagaskan Amanah Saham Nasional yang kita nikmati kemakmurannya sehingga hari ini.

"Tun Mahathir juga berhadapan dengan situasi yang kritikal sehingga UMNO diharamkan tetapi kita berjaya melepasi halangan itu.

"Tun Abdullah Ahmad Badawi turut terkena tempias apabila dikatakan tidak bermaya untuk memimpin dan akhirnya beliau melepaskan jawatan," katanya.


Tiada ulasan: