Sabtu, 22 Ogos 2015

Jawatankuasa baru ganti pemimpin letak jawatan sudah dibentuk - PAS Selangor

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu sudah mempunyai satu jawatankuasa baru bagi menggantikan mana-mana pemimpin utama di peringkat cawangan mahupun kawasan yang telah meletakkan jawatan baru-baru ini. 
 
Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
 
"Kita sudah ada jawatankuasa baru bagi menggantikan mereka yang letak jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku di sini, hari ini. 
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terbaru yang menyaksikan semakin ramai pemimpin dan ahli parti di negeri ini yang meletakkan jawatan bagi menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB). 
 
Beliau dalam pada itu berkata PAS Selangor tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung minggu depan.
 
Iskandar berkata ianya terpulang kepada ahlinya samada mahu turut sama menyertai himpunan berkenaan atau tidak.
 
Beliau bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui status penglibatan Unit Amal PAS dalam perhimpunan anjuran NGO Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) itu.  
 
"Saya tidak jangka berapa yang akan turun tetapi PAS tiada masalah.
 
"Unit Amal itu saya tak tahu sebab saya bukan dalam Unit Amal," katanya.
 
 

Tiada ulasan: