BERITA SEMASA
Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Penderma Mahu Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terus Jadi Kerajaan Malaysia
Sekali dengar dan perhatikan macam
pelik. Kenapa perlu tunggu berbulan untuk memberikan jawapan.
Orang lain
pula yang bersungguh-sungguh untuk memberikan jawapan yang pelbagai
sekejap DAP, sekejap Yahudi, sekejap Israel, sekejap Militan IS, sekejap
kebangkitan dan pertahankan Islam, bla….bla….bla….bla…
Sedangkan isu duit derma RM2.6 bilion
itu masuk dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri
malaysia. Sepatutnya Datuk Seri Najib Razak sudah ada jawapan tanpa perlu menunggu lama untuk memberikan respon balas.
Dan terbaru, Datuk Seri Zahid Hamidi
yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ada
jawapan tersendiri berdasarkan usaha keras beliau melakukan penyiasatan
sendiri disebalik isu duit derma RM2.6 bilion itu. Kata Zahid Hamidi :
Isu Duit Derma RM2.6 Bilion : Jawapan Zahid Hamidi?
- Beliau sudah berjumpa dengan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga yang derma RM2.6 bilion itu
- Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang terima derma daripada keluarga Arab tersebut selain negara-negara Islam yang lain
- Penderma mahu BN dan UMNO terus perintah Malaysia
- Zahid Hamidi sudah tengok dokumen asal pemindahan dana berkenaan
- Zahid Hamidi kata tiada bukti duit RM2.6 bilion datang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
Tiba-tiba terlintas di pemikiran Berita
Semasa siapa penderma yang baik hati tersebut sehingga sanggup
menyerahkan RM2.6 bilion kepada individu? Jikalau serahkan kepada kepada
Yayasan Berita Semasa pernah dengar. Tapi….Errrrmmmm.
P/S : Malaysia ini tiada think thank yang boleh beri nasihat kepada menteri ketika beritakan kenyataan dan ucapan?
P/S : Harapan Berita Semasa usahlah
muncul semula Si Kitul dan Raja Mendeliar. Cukuplah dengan terciptanya
sejarah kejatuhan kota Melaka
PP/S : Jikalau tidak pandai dan tidak
kuat bermain politik, janganlah apabila berasa lemah, campakkan masalah
itu kepada pesaing anda. Bukankah lebih baik, muhasabah diri dan pauskan
sendiri berbanding menyalahkan orang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan