shahbudindotcom.
Selepas
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua
pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan
secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu
dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu
boleh dirasai di mana-mana.
Sama
ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan
atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu
benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah
tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.
Ketua
Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang
tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai
tidak wajar sama sekali.
Kata
Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa
institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan
peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini bahawa kebenaran
mestilah dipertahankan.
"Saya
akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai
membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.
Serentak
dengan itu, KJ juga secara terbuka menyatakan tidak bimbang jika
kehilangan jawatan dalam kabinet sepertimana nasib yang menimpa
Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal berikutan pendiriannya ini.
Woww...nampaknya KJ sudah mencabar Najib!
Selepas
Muhyiddin dan Shafie Apdal digugurkan dalam rombakan kabinet oleh
Najib baru-baru ini kerana pendirian yang krtitikal berkaitan 1MDB, KJ
barangkali boleh diberikan pujian atas sikap beraninya ini.
Seolah-olah
menawarkan diri untuk menjadi pejuang dan pembela rakyat serta
menunjukkan keghairahan yang berbeza berbanding majoriti menteri lain
yang lebih sayangkan jawatan daripada menyatakan kebenaran, kini
segala-galanya terserah kepada Najib untuk membuat pertimbangan.
Tetapi,
sekiranya Najib sudah mulai mempertimbangkan mahu menyingkirkan KJ
daripada kabinet berikutan pendiriannya itu, sesuatu yang harus
disedarinya ialah "ombak hanya menunggu masa untuk bertukar menjadi
gelombang" dalam isu gangguan terhadap SPRM ini.
Kiranya
KJ dipecat juga, maka sahlah Najib seorang Perdana Menteri yang hanya
suka dikelilingi oleh "yes man" sahaja, walaupun dalam ucapannya beliau
cuba menafikan hakikat itu.
Selain
KJ, seorang lagi menteri kabinet iaitu Paul Low juga menyatakan
pendirian tidak setujunya dengan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke JPM.
Katanya,
walaupun pertukaran itu digambarkan sebagai urusan pentadbiran, tetapi
ia tetap dilihat tidak wajar kerana Bahri Mohamad Zin sedang mengetuai
suatu siasatan berprofil tinggi melibatkan Najib Razak yang dilapor
menerima RM42 juta daripada SRC International melalui akaun peribadinya.
"SPRM
adalah sebuah agensi bebas dan mereka sepatutnya beroperasi secara
bebas. Jika pegawai SPRM melakukan kesalahan, ia boleh ditangani secara
dalaman," tegasnya.
Beriringan
dengan pendirian dua menteri itu, Panel Perundingan dan Pencegahan
Rasuah SPRM juga mahukan kedua-dua pengarah yang ditukarkan itu
dikembalikan semula bagi membolehkan kedua-duanya menjalankan tugas
seperti biasa.
Johan
Jaaffar, Pengerusi panel itu menambah, "pertukaran ini akan mencetuskan
lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan menimbulkan lebih banyak
syak wasangka serta teori konspirasi".
Johan
adalah juga Pengerusi Media Prima, sebuah kumpulan media yang termasuk
didalamnya stesen televisyen TV3 serta dikenali umum mempunyai hubungan
yang rapat dengan Najib. Namun dalam isu pertukaran pegawai SPRM ini,
beliau lebih memilih kebenaran berbanding menjadi "yes man".
Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga semalam mahukan SPRM tidak
diganggu-gugat dalam menjalankan tugas dan peranannya, sesuai dengan
kedudukannya sebagai badan bebas yang diiktiraf.
Dengan
sokongan makin nyata dan terbuka menolak pertukaran itu, Bahri Mohamad
Zin dan Rohaizad yang sepatutnya melaporkan diri ke JPM Isnin ini
seharusnya lebih berani membantah pemangsaan yang cuba dilakukan
terhadap mereka.
Mereka
tanpa ragu-ragu, bukan saja tidak perlu mematuhi arahan pertukaran itu,
malah tidak seharusnya melaporkan diri di tempat baru yang lebih
merupakan hukuman "penyejukbekuan" kepada tugas menegakkan kebenaran
selama ini. Di JPM nanti, bukan saja tiada tugas khusus, bahkan tidak
mustahil tiada kerusi meja pun disediakan kepada mereka.
Melalui
tindakan tidak melapor diri ke JPM itu, kedua-dua pengarah SPRM
terbabit akan lebih mudah mendapat pembelaan yang berterusan daripada KJ
dan Paul Low, malah Muhyiddin mungkin lebih lantang bersuara di luar
kerajaan, bukan saja membela kedudukan mereka, tetapi juga
memperjuangkan kebebasan agensi pencegah rasuah itu selepas ini.
Tindakan yang sama juga pastinya merangsang sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada kedua-dua pengarah terbabit.
Jika
Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad hanya akur dengan arahan pertukaran
tersebut, pendirian berani kedua-dua menteri terbabit juga akan turut
tersadai di dakapan media saja, jauh sekali menjadi sesuatu yang
bermakna untuk kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan