GURUN: Dua orang paraglider maut selepas payung terjun mereka
tersangkut pada pokok di tebing curam ketika melakukan luncur udara di
puncak Gunung Jerai di sini tengah hari Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Hazlan Ismail, 32, dan Liang Chong Kee, 52.
Mohd Hazlan yang merupakan anggota polis di Balai Polis Simpang Empat,
Perlis adalah tenaga pengajar paragliding di Kelab Luncur Udara Indra
Kayangan manakala Liang merupakan sub kontraktor syarikat swasta.
Saksi berkata payang terjun yang dinaiki mangsa kelihatan tidak stabil
disebabkan keadaan angin kencang sebelum mereka terjatuh pada tebing
curam.
Katanya kedua-dua peluncur itu merupakan yang terakhir berlepas selepas enam peluncur lain terjun dengan selamat.
Penolong Pengarah Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri
Zakaria berkata pihaknya mendapati mangsa tersangkut pada pokok di
tebing curam kira-kira empat kilometer dari puncak gunung dan diturunkan
oleh anggota bomba pada ketinggian tebing kira-kira 50 meter.
Katanya mayat kedua-duanya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan