MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli
Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu,
termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno
tersebut.
Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir
berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas
mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.
"Malah
mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai
pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan,
kini mengubah pendiriannya.
"Seorang daripada mereka mendakwa
memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira
menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri
keempat Malaysia itu.
Menurut Dr Mahathir, ahli parlimen yang lain juga berubah sikap selepas "rundingan singkat tertutup dan ditawarkan habuan".
"Shahrir Abdul Samad (Presiden Majlis Ahli Parlimen BN) sekarang mendakwa menerima wang daripada presiden adalah wajar.
"Ia
(menerima wang) sangat tidak wajar. Semua sumbangan pada masa lalu
dimasukkan ke tabung parti yang dikendalikan pemegang amanah. Sokongan
kepada presiden hanya terhad kepada pelaksanaan dasar parti. Ia bukan
bersifat peribadi kepada presiden.
"Dia (Shahrir) secara terbuka
berkata, disebabkan mendapat wang daripada Najib mereka sepatutnya
memberikan sokongan kepada beliau. Ini rasuah. Adakah presiden merasuah
pemimpin Umno untuk mendapatkan sokongan?" tanya Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan