MALAYSIAKINI
PAS mungkin tidak dapat bersabar lagi langkah Gerakan Harapan Baru (GBH)
yang dilihat terus menjadi duri dalam daging parti Islam itu.
Keadaan itu mungkin memaksa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Mat menulis
panjang menyeru golongan itu keluar parti kerana tiada lagi hujah untuk
kekal dalamnya.
“Orang
lain boleh mempersoal jemaah baru anda, syarie atau tidak. Anda pun
berhak mempertahankan 'ijtihad' anda keluar PAS. Syarie atau tidak.
“Tetapi anda tak punya sedikit pun hujah syarie untuk kekal dalam PAS,
dan dengan amanah jawatan yang anda masih pegang itu, anda gunakan untuk
sabotaj PAS.
“Itu khianat dan tidak ada khianat sejelas itu,” katanya tanpa menyebut
secara langsung nama GBH, kumpulan serpihan yang digerakkan bekas
pemimpin kanan parti itu.
GHH pimpinan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedang berusaha menubuhkan sebuah parti Islam baru.
Mereka juga dilihat bakal menggantikan PAS dalam gabungan baru pembangkang bersama PKR dan DAP.
Pakatan Rakyat sebelum ini berkubur susulan perselisihan pendapat dan
pendirian berpanjangan PAS dan DAP, terutamanya dalam isu hudud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan