Bertanya tentang 1MDB tidak setia kepada Umno, soal Shafie
Naib
Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kiri) berkata kesetiaan
beliau kepada parti bukan kerana terpaksa. Beliau berkata demikian dalam
ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian Semporna
yang dirasmikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. –
Gambar The Malaysian Insider Naib Presiden
Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kegagalannya untuk
mendapatkan jawapan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
sehingga disingkirkan daripada Kabinet, bukan bermakna beliau tidak lagi
setia kepada parti.
"Kesetiaan saya kepada parti bukan terpaksa," katanya yang sudah berjuang habis-habisan selama 30 tahun demi Umno.
"Dengan bertanyakan soalan, ia tidak bermakna saya mengkhianati parti,"
kata Shafie dalam ucapan alu-aluan pada perasmian Mesyuarat Agung Umno
Bahagian Semporna yang dirasmikan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin
Yassin hari ini.
"Kami (Muhyiddin dan beliau) bertanya kerana kita ingin tahu.
"Rakyat yang kita wakili ingin tahu.
"Kami, sehingga bila-bila adalah wakil rakyat," katanya.
Shafie yang sebelum ini menegaskan beliau bukan seorang yang mengejar
pangkat dan kedudukan berkata, pertanyaannya ke atas 1MDB adalah kerana
ia memberi kesan kepada parti dan ahli Umno terpaksa menanggung beban
itu.
Beliau berkata, Umno mempunyai ahli yang cukup ramai berbanding parti lain.
Shafie berkata, biarpun tidak lagi mempunyai kedudukan dalam kerajaan,
beliau akan terus memperkukuhkan parti dan membangkitkan semua masalah
yang boleh menjejaskan Umno.
Beliau berkata, tidak ada makna jika pemimpin berjuang untuk melindungi
kedudukan mereka dalam parti sedangkan tidak berani menangani isu-isu
sensitif yang boleh menjejaskan parti.
"Apa gunanya berjuang untuk jawatan?
"Saya bukan jenis macam itu, tetapi apa yang saya bimbang ialah apabila
rakyat menolak kita, kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk
memperkukuhkan parti."
Beliau berkata, ketika beliau membangkitkan persoalan mengenai syarikat
pelaburan negara itu: "Saya tidak takut kehilangan kedudukan saya
(dalam Kabinet) kerana saya mempertahankan kepentingan rakyat."
"Saya tidak kejarkan kedudukan. Saya tidak kejarkan kekayaan."
Shafie berkata, jika beliau jenis orang sepeti itu, beliau akan diamkan
sahaja, menutup mulutnya kerana beliau sudah dinasihatkan oleh beberapa
ahli Umno dan "menjaga kerusi panas (Kabinet)".
Bagaimanapun, beliau memberitahu 2,000 perwakilan dan 700 pemerhati
serta tetamu yang hadir, beliau enggan tunduk kepada ancaman
sedemikian.
"Mengapa bertanya tentang 1MBD adalah salah?"
Shafie berkata walaupun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan
dalam kerajaan, beliau akan terus meningkatkan kesejahteraan rakyat di
Semporna.
"Saya sedar akan halangan dan cabaran di hadapan saya sekarang, tetapi
percayalah, saya akan terus berjuang untuk apa yang sepatutnya menjadi
milik mereka."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan