Rabu, 12 Ogos 2015

Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
MELAKA: Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengistiharkan keluar daripada parti itu dan telah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata, tindakannya keluar daripada PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya telah tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat.
 
"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baru ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.
 
"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Jauhar, 40, menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka antara 2013 hingga pemilihan PAS tahun ini dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.
 
Beliau merupakan anggota PAS yang pertama di negeri ini yang mengumumkan keluar parti dan menyertai GHB.
 
Pada 4 Ogos lepas, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Adly Zahari mengumumkan telah menyertai GHB dan bertindak sebagai Koordinator GHB Negeri Melaka, bagaimanapun beliau tidak mengisytiharkan keluar PAS.
 
 

Tiada ulasan: