MALAYSIAKINI
Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan akhirnya mengakui bahawa
parti itu kini dalam keadaan lemah dan akan tewas sekiranya pilihan raya
umum diadakan dengan segera.
Bagaimanapun, Umno dan BN masih
mampu membuat perubahan untuk mendapatkan sokongan jika pilihan raya
diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2018, katanya.
BN dan Umno
juga berpeluang untuk menang kerana pembangkang kini berada dalam
keadaan kucar-kacir, katanya di blog ahmadmaslan.my.
“Saya juga mengakui hakikat bahawa Umno dan BN sedang berhadapan dengan keadaan yang agak mencabar waktu ini.
"Namun, kita masih ada masa untuk memperbaiki keadaan.
"Masih ada masa, mungkin hingga tahun 2018. Namun, esok sudah boleh dimulakan persiapan utk PRU itu," katanya.
Beliau
berkata demikian bagi menjelaskan kenyataannya pada awal bulan ini,
yang menerima teguran keras daripada timbalan perdana menteri waktu itu,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin pada awalnya memberi amaran bahawa BN akan kalah "jika esok diadakan PRU".
Amaran itu hanya dijawab dengan main-main oleh Ahmad, beberapa hari kemudian, dengan berkata: "esok bukan pilihan raya".
Susulan itu, beliau digelar sebagai sombong oleh Muhyiddin susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.
Muhyiddin turut menganggap Ahmad membuat kenyataan seperti seorang budak kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan