shahbudindotcom.
Belum
pun sampai sebulan Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri,
namanya sudah terpalit dengan bibit-bibit kronisme dan nepotisme yang
pernah ditentangnya suatu ketika dahulu.
Ini
berikutan pendedahan bahawa syarikat adiknya, Real Time Networking Sdn
Bhd adalah antara pembida dalam sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta
pekerja asing daripada Bangladesh dengan Kementerian Dalam Negeri.
Selain menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zahid ketika ini adalah juga Menteri Dalam Negeri.
Mohd
Hakim Hamidi adalah pengerusi eksekutif syarikat tersebut yang
dipercayai menawarkan pakej sehingga RM3,000 bagi setiap pekerja asing
yang dibawa masuk melalui kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk
Imigresen dan Jabatan Sumber Manusia.
Sebenarnya
budaya adik beradik, anak atau kaum kerabat menjalankan perniagaan di
mana abang, ayah serta keluarga terdekat menjadi menteri bukanlah
perkara baru di negara ini.
Ia
berlaku sejak dulu dan berlarutan sehingga kini. Kecuali sebilangan
kecil yang mungkin boleh dibilang dengan jari, selalunya kaum keluarga
terdekat menterilah yang banyak mendapat kontrak perniagaan di sesebuah
kementerian itu.
Orang
luar hanya boleh dapat sipi-sipi atau "kari yang lebih kuah daripada
isi". Setengahnya kerana menteri tersebut suka melakukan amalan
sedemikian, manakala yang lain disebabkan kaum keluarganya bijak
mengambil kesempatan.
Cuma,
apabila ia turut berlaku di kementerian yang Zahid sendiri menjadi
menterinya, ia kelihatan pelik lagi janggal dan seolah-olah beliau sudah
lupa dengan pendiriannya menentang kronisme dan nepotisme semasa
menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.
Isu
yang dibangkitkan Zahid itu jugalah yang menyebabkan kemarahan Tun
Mahathir sehingga beliau mengeluarkan senarai penuh di akhbar-akhbar
harian mengenai mereka yang mendapat kontrak perniagaan atau penswastaan
daripada kerajaan.
Dalam
kes Zahid dan adiknya ini, jika beliau sendiri yang meminta atau tiada
halangan kaum keluarganya berniaga di kementerian yang diketuainya, ia
memang merupakan kesalahan moral baginya sebagai seorang pemimpin
Beliau
seharusnya mengelakkan perkara itu daripada berlaku dengan menyedari
prinsip yang pernah ditujukannya kepada Tun Mahathir suatu waktu dahulu,
ditambah lagi orang Perak juga "udah tak sabor" lagi mahu melihatnya
menjadi Perdana Menteri selepas ini.
Maka,
janganlah dilakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kaki
tergelincir sedangkan hanya setapak saja lagi mercu yang mahu dituju.
Tetapi
jika adiknya pula yang mengambil kesempatan atas kedudukan abangnya,
maka kedua-duanya adalah bersalah. Adik yang mengambil kesempatan salah,
abang yang memberi ruang juga turut bersalah.
Sebagai
adik, mereka sepatutnya faham dengan kedudukan abangnya sebagai menteri
dengan terus memberi sokongan supaya terus berkhidmat kepada rakyat
dengan jujur, sambil mendaki tangga karier yang lebih tinggi dan
bukannya mengambil kesempatan daripada jawatannya.
Kalau
betul adiknya itu seorang peniaga atau usahawan tulen, carilah peluang
perniagaan di tempat atau kementerian lain. Kenapa mesti meniaga di situ
juga?
Kita
ada 37 menteri dan berpuluh-puluh lagi timbalan menteri, beratus agensi
serta GLC, kenapa tandatangan abang sendiri juga yang dicari?
Sebagaimana
yang diperkatakan oleh Mohd Hakim Hamidi dalam mempertahankan dirinya,
beliau bebas meniaga di mana saja, asalkan bukan mengedar dadah, maka
kata-kata itu seharusnya dibuktikan dengan keupayaan tanpa menumpang
walau sedikit pun di bawah naungan hidung abangnya itu.
Alasan bebas berniaga di mana saja bukanlah hujah untuk mengaut lebih nikmat daripada kedudukan abang sendiri.
Sebagai
abang pula, Zahid tentunya boleh menasihati adiknya mengenai
kedudukannya dalam kerajaan serta risikonya jika adik beradiknya
diketahui mendapat kontrak di bawah kementeriannya.
Menolong
adik sendiri ketika menjadi menteri tidaklah sama seperti seorang
abang memberi banyak gula-gula kepada adiknya yang manja sewaktu kecil
dahulu.
Dengan
menjalankan perniagaan di tempat di mana abang sendiri menjadi
menteri, makna lainnya juga ialah mengesahkan kepada umum bahawa
kedudukan adik-beradiknya hanyalah "peniaga celup" dan bukannya
"usahawan tulen".
Lebih
buruk jika diketahui syarikat yang membida itu baru saja ditubuhkan
atau kemasukan sebagai pengarah hanya dilakukan tidak berapa sebelum
itu.
Melalui
pergantungan sebegini, akhirnya apabila abang pindah ke kementerian
lain, mereka juga turut pindah meniaga ke kementerian tersebut.
Abang pencen sebagai menteri kemudiannya, mereka pun sama pencen meniaga dengan keuntungan sempat diraih berjuta-juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan