JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai
jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing
berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31
Ogos ini.
Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat
peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang
Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha,
Musa Abdul Wahab.
Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak
jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15
AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib
Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.
Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.
Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor
berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru
ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi
memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.
Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka
mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi
fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan
menepati syariat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan