Rabu, 17 Jun 2015

TMJ tak puas hati pemain JDT dituduh punca Malaysia kalah

 
Baginda menasihatkan FAM menggunakan khidmat pemain ternama daripada pasukan lain.


tmj_jdt_fam_600



PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak puas hati apabila terdapat pihak menyalahkan pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

Baginda menasihatkan pengurusan pasukan kebangsaan khususnya Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) supaya tidak lagi menggunakan pemain JDT untuk bermain dalam mana-mana perlawanan menentang pasukan luar.

“Jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang.

“Sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal dari pasukan-pasukan lain,” katanya di laman Facebook Johor Southern Tiges.

Pada masa sekarang, hampir separuh mereka yang mewakili pasukan kebangsaan terdiri daripada pemain pasukan JDT.

TMJ memberi nasihat itu berikutan terdapat segelintir pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

Semalam Malaysia mengalami kekalahan teruk selepas dibelasah Palestin 6-0 dalam peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia.

Kekalahan itu turut dikritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitter.

“10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh,” tulisnya merujuk teknik permainan pasukan kebangsaan.

Skuad Kebangsaan juga sebelum ini sekadar seri 1-1 dengan Timor Leste dan diaibkan oleh Oman 6-0.

Tiada ulasan: