Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?
Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan
dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai
ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai
dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini. Syaratnya,
orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan
universiti di Malaysia.
Biarkan mereka fokus menguruskan
universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek
dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.
Dan hari ini berita terkini yang
mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya
dan rakyat Malaysia umumnya apabila buat pertama kalinya Universiti
Malaysia (UM) berjaya berada di dalam kalangan senarai ranking 30
universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai universiti
terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia.
Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS
- Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)
- Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA (49)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA (56)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA (61)
- Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA (66)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA (151-160)
- Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS (151-160)
- Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA (191-200)
- Universiti Multimedia (MMU) – IPTS (201-250)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA (201-250)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA (201-250)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – IPTA (201-250)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS) – IPTA (201-250)
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS (251-300)
- Universiti UCSI Kuala Lumpur – IPTS (251-300)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA (251-300)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA (251-300)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS (251-300)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA (251-300)
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS (251-300)
BACA BERITA INI : Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014?
Tahniah Berita Semasa ucapkan. Ketua Penyelidik QS Ranking juga mengatakan :
Jikalau Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya naik beberapa anak tangga bersama 17 IPTA universiti awam Malaysia yang lain, lain pula ceritanya bagi 3 universiti ini :“reputasi universiti Malaysia semakin meningkat dalam institusi akademik antarabangsa”
- Universiti Kebangsaan Malaysia UKM turun tangga
- Universiti Putra Malaysia UPM turun tangga
- Universiti Teknologi Malaysia UTM juga turun tangga
Semak Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS oleh Quacquarelli Symonds
Anda boleh semak kedudukan seperti di
bawah ini ranking universiti terbaik Malaysia daripada Universiti Malaya
sehingga kedudukan terakhir yang disandang Universiti Tunku Abdul
Rahman (UTAR).
Semoga ranking universiti terbaik oleh
Universiti Malaysia terus diperbaiki di pada masa akan datang sekaligus
membuka mata ramai pihak, bahawa pihak institusi pendidikan di Malaysia
yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan pencapaian dan pelaburan masa
depan Malaysia sebenarnya benar-benar diberikan perhatian serius oleh
kerajaan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan