Ahad, 14 Jun 2015

Puas hati penjelasan Najib, kata Noh




Noh Omar  
Noh Omar



KUALA LUMPUR - Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengakui berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri berhubung kemelut isu semasa yang berlaku dalam negara masa kini.

Menurutnya, isu-isu semasa yang dijadikan kemelut dalam negara hanya diputarbelitkan oleh pihak tertentu sebelum ini.

"(Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sudah jawab dengan cukup jelas hari ini. Insya-ALLAH apa yang diterangkan kepada kami akan disampaikan kepada masyarakat.

"... Saya ‎memang dari dulu puas hati," selorohnya ketika ditanya penerimaan beliau terhadap penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap konflik isu semasa yang berlaku dalam negara.

Bercakap kepada pemberita sebaik sahaja berakhirnya program tersebut, beliau berkata, Najib selaku Pengerusi Umno memberikan penjelasan berhubung isu-isu yang biasa dimainkan parti politik pembangkang.

"Ia hanya penjelasan terhadap perkara-perkara biasa dalam Parlimen," katanya lagi.

Najib hari ini menemui ketua-ketua Umno bahagian menerusi Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad, Rancangan Malaysia ke-11 dan lain-lain.

Tiada ulasan: