KUALA LUMPUR:  Ramadan merupakan bulan suci untuk setiap umat Islam. Bila tiba bulan ini, mereka akan berpuasa menahan diri dari makan, minum dan keperluan fizikal lain pada waktu siang sebagai amalan menyucikan jiwa.


Bagaimanapun, bukan umat Islam sahaja yang tertarik dengan amalan berpuasa pada bulan Ramadan, malah orang bukan Islam juga dilihat turut terpesona dengan keindahan bulan tersebut.

Kegembiraan mereka untuk sama-sama merasakan nikmat berpuasa pada bulan Ramadan dikongsi di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Salah seorang daripadanya, lelaki Cina bernama Ahlu Tun Eng telah memuat naik dan berkongsi gambar beliau sedang Iftar di Facebook (berbuka puasa) dengan kapsyen, “yeah!!done my first day fasting on today..lets berbuka puasa bersama, friends. #firstdayfastingmonth #cinaberpuasa #berjaya #idoit #20150618 #selamatberbukapuasa.”

Gambarnya itu disukai lebih 10,000 pengikut dan dikongsi sebanyak 100 kali.

Seorang pengguna Twitter bukan Islam, Eeli Eskola (MrEskola), turut berkongsi pengalaman beliau menjalani ibadah puasa selama empat hari.

“Saya bukan orang Islam tetapi saya berpuasa selama empat hari (tidak boleh lakukan lebih banyak tetapi bukannya saya tidak mampu). Pengalaman berpuasa membuatkan saya berfikir.

“Ia tidaklah begitu sukar dan lebih mudah daripada yang saya jangkakan. Bagi orang miskin mereka biasa untuk hidup seperti itu. Sekarang saya tahu betapa bertuahnya saya.

“Ramadan mengajar saya untuk menghargai perkara-perkara yang anda benar-benar perlu untuk hidup. Hidup di luar batasan keperluan adalah menyedihkan umum hari ini,

Eskola juga menulis tweet bahawa dia tertarik dengan Islam dan merancang untuk membaca Al-Quran.

Bagaimanapun, menjawab soalan tentang status agamanya, beliau menyebut bahawa dia tidak memeluk Islam lagi dan sedang mempertimbangkan buat masa ini.

Jawapan Twitter beliau telah menerima lebih 2,000 like dan 1,200 retweets setakat ini.

Pada bulan yang penuh dengan keberkatan, Ramadhan membuka pintu kepada semua orang tanpa mengira latar belakang agama mereka untuk bersatu dan berkongsi keindahannya.
non muslim puasa
Gambar Ahlu Tun Eng disukai lebih 10,000 pengikut dan dikongsi sebanyak 100 kali.