Oleh Lokman Mustafa
Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.
Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli politik yang berasal dari Kedah, telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah rakaman video beliau menghina kepercayaan Hindu telah tersebar meluas sebelum pilihan raya bermula.
Pada
hakikatnya, bandar itu yang terdiri daripada berbilang bangsa,
meskipun majoriti muslim Melayu, telah menyaksikan konflik ketegangan
kaum, politik dan agama selama tujuh tahun kebelakangan ini.
Satu
insiden yang melibatkan beberapa kumpulan Melayu berhaluan kanan
mengarak kepala lembu di bangunan Setia Usaha Kerajaan negeri pada Ogos
2009 untuk memprotes pemindahan kuil Hindu berusia 150 tahun, yang
kemudiannya, mencetuskan kemarahan meluas daripada kumpulan-kumpulan
Hindu dan lain-lain.
Dua belas orang
kemudian telah didenda RM1,000 seorang kerana berhimpun secara haram
oleh Mahkamah Seksyen di sini dengan salah seorang dari mereka
dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu.
Secara
keseluruhannya, Shah Alam, yang merangkumi 54 seksyen termasuklah Kota
Kemuning dan Bukit Rimau di tenggara pusat bandar itu, dan TTDI Jaya,
Bukit Jelutong dan juga Kampung Melayu Subang di utara, adalah tempat
yang aman untuk didiami.
Bermula
dengan Seksyen 1 yang sekarang ini diduduki oleh kampus utama
Universiti Teknologi Mara (UiTM), ibu negeri itu pastinya telah melalui
perubahan yang besar.
Universiti awam yang sebahagian besarnya Melayu, pula sebaliknya, berharap sesetengah perkara kekal sama.
Pada
Ogos 2008, UiTM telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila 5,000
orang pelajarnya berarak ke Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor
sebagai protes menentang MB Selangor pada ketika itu Abdul Khalid
Ibrahim kerana mencadangkan universiti itu membuka pintunya untuk
menerima 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputra.
“Jika
Khalid Ibrahim tidak menarik balik kenyataan beliau, semua pelajar
UiTM akan membuat perhimpunan besar di Shah Alam. Kami berharap isu
kuota bukan Bumiputra tidak lagi akan dibincang,” Bernama memetik seorang wakil pelajar sebagai berkata.
Kemudian
pada Oktober 2014, satu lagi kontroversi tercetus berikutan sebuah
papan iklan mengiklankan festival arak Jerman Oktoberfest yang
dilangsungkan sepanjang Jalan Subang, Seksyen U2.
The Star
melaporkan bahawa seorang ahli Exco Negeri PAS untuk Infrastruktur,
Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani turut menyelar acara itu kerana
menentang norma sosial, termasuklah mereka dari semua agama.
Tetapi konflik agama dan bangsa bukanlah satu-satunya perkara yang telah melihatkan kenaikan dramatik.
Ketika
saya dan keluarga saya berpindah ke Shah alam di pertengahan 80-an,
rakyat di sini kebanyakannya tinggal di hartanah berlaman yang dibina
oleh PKNS atau Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Hari
ini, banyak kondominium dan pangsapuri servis telah dibina, dengan
banyak lagi yang masih dalam pembinaan. Harganya pula melangkaui kuasa
beli rakyat Malaysia biasa, dengan pangsapuri studio sahaja sudah
berharga RM400,000!
“Bukan rumah
mampu milik, ia rumah mampu tengok”, saya masih ingat MB Selangor Azmin
Ali berkata berkaitan rumah-rumah PR1MA yang juga harga dalam
lingkungan sama.
Tetapi bersyukurlah, bukan semua perkara telah hilang kawalan.
Menurut theSundaily, indeks kadar jenayah di Shah Alam telah menurun dalam empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ketua
polis Shah Alam ACP Azisman Alias mendedahkan pada Mei bahawa indeks
jenayah telah menunjukkan penurunan sebanyak 22.6 peratus dari Januari
hingga April berbanding tahun lalu.
Dari
segi politik, Shah Alam sebelum ini dilihat sebagai kubu kuat Umno di
Selangor sebelum Khalid Samad menumbangkan Aziz Shamsuddin pada 2008
dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.
Sebagai
Ahli Parlimen dua penggal, Khalid Samad telah bercakap tentang banyak
perkara yang memberi kesan kepada kawasannya termasuklah hospital
kerjaan yang telah lama dinantikan di Seksyen 7 dan juga kutipan tol
Lebuh raya Persekutuan di Sungai Rasau dan Batu Tiga yang tidak pernah
tamat.
Selepas kemenangan membanggakan pada PRU13, perkara tidaklah begitu baik buat bapa empat orang anak berusia 57 tahun ini.
Dengan
kumpulan ulama telah menewaskan kelompok progresif pada Muktamar PAS
baru-baru ini, diikuti pula dengan DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat
telah terkubur akibat daripada pergeseran dengan parti Islam itu,
persoalan kini timbul sama ada Khalid berupaya untuk mempertahankan
kerusi itu dalam pilihan raya akan datang.- See more at: http://bm.theantdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan