Ahad, 7 Jun 2015

KJ: Orang lain tak dapat tolong PM, Dr M

MALAYSIAKINI


 


Orang lain tidak akan dapat membantu menyelesaikan pertikaian antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, kata Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, kata menteri belia dan sukan itu, ia perlu diselesaikan melalui perbincangan empat mata.

“Saya rasa mereka dapat buat secara (perbincangan) empat mata, tak perlu ada pihak ketiga,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jumaat lalu, NGO Sukaguam melangsungkan majlis dialog terus tetang Nothing2Hide antara Najib dan pertubuhan bukan kerajaan.

Najib tidak hadir atas nasihat polis yang bimbangkan isu keselamatan beliau.

Mahathir sebaliknya hadir penuh gaya dan berjaya mencuri pentas untuk berucap sebentar sebelum dihentikan dan diiring beredar oleh polis.

Tanpa kemunculan Najib, perdana menteri dilempar pelbagai tuduhan negatif, seperti penakut.

Sementara itu, Khairy turut bersetuju supaya sesi dialog Najib-Mahathir dibuat secara langsung di televisyen.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan memanggil Mahathir untuk membantu siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Siapa-siapa yang dipanggil mestilah ada kaitan dengan isu prosiding. Contohnya cadangan nak panggil Tun Dr Mahathir. Tun tak ada kena mengena dengan 1MDB.

“Jadi kita hanya (panggil mereka) dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  mereka hanya panggil sesiapa terlibat dengan 1MDB,” katanya. 


Tiada ulasan: