Sabtu, 13 Jun 2015

Khairy tampil bela Farah Ann

MALAYSIAKINI


 


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mempertahankan pakaian ahli gimnastik penyumbang emas negara dengan mengatakan pihak yang mengkritik seharusnya memfokuskan pada pencapaian atlet berkenaan.

“Dalam gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi memperoleh emas kerana berjaya mengagumkan juri dengan persembahannya.

“Dalam perbuatannya, hanya Tuhan saja yang akan menghakimi beliau. Bukan kamu. Jangan ganggu atlet kami,” tulis Khairy dalam Twitter malam tadi.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas tindakan orang ramai yagn pengkritik Farah Ann kerana memakai pakaian gimnastik yang didakwa tidak menutup aurat.

Imej yang dimuat naik oleh atlet berusia 21 tahun itu dalam Facebook dan Twitter dikecam hebat ramai pengguna media sosial atas alasan ia pakaian yang mencolok mata.

Bagaimanapun, bukan semua komen dari pengguna media sosial didapati mengecam beliau. Segelintir daripadanya membela atlit negara itu dengan bertanyakan sekiranya Farah perlu memakai jubah dan tudung untuk menyertai pertandingan berkenaan.


Tiada ulasan: