Ahad, 21 Jun 2015

Kenapa tubuhkan pemantau yang tidak dapat berbuat apa-apa?



Oleh Sonia Ramachandran


Forum “Nothing to Hide”, dan pembatalannya dan ketidakhadiran Perdana Menteri Najib Razak ke majlis itu telah menjadi buah mulut orang ramai akhir-akhir ini, dengan kecohnya majlis ini dan pembatalannya di media sosial.

Terutamanya memandangkan kehadiran Najib akan membuatkan beliau berhadapan dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan mereka berdua akan menjawab persoalan tentang buah fikiran PM 1MDB yang kontroversi.

Tindakan polis yang membatalkan forum itu saat-saat akhir, bagaimanapun, telah membawa lebih persoalan berbanding jawapan.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menyeru supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk menyiasat arahan polis untuk membatalkan forum itu.

Pengerusi Proham Kuthubul Zaman memberitahu Theantdaily bahawa Suhakam mempunyai kuasa untuk melakukan inkuiri yang mungkin akan menjumpai sebarang salah kuasa polis berkaitan kebebasan bersuara apabila mereka membatalkan forum itu dan menghalang Mahathir daripada terus bercakap.

“Suhakam kemudian akan membuat saranan supaya tidak akan berulang lagi kelakuan seperti itu oleh polis,” kata beliau.

Tetapi Suhakam sendiri telah berkata baru-baru ini yang mereka “lebih teruk daripada harimau tidak bertaring”.

Jadi kebaikan apa yang akan dibawa oleh inkuiri itu?

“Kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap saranan Suhakam dan membuatkan ianya mandatori kepada polis untuk patuh kepada saranan itu.

“Malahan, setiap saranan Suhakam mestilah dipatuhi. Ini adalah perkara biasa di negara-negara lain,” kata Kuthubul, yang juga bekas presiden Majlis Peguam.

Beliau berkata beliau sangat risau mengenai sekatan hak asas awam iaitu kebebasan bersuara.


“Ianya tidak betul buat polis untuk menghalang bekas perdana menteri (Dr Mahathir) daripada bercakap dan ianya tidak betul untuk menghalang perdana menteri sekarang daripada bercakap.

“Kenapa membatalkannya di saat-saat akhir? Bukankah mereka (pihak polis) telah tahu risiko sekuriti lebih awal lagi?” tanya Kuthubul.

Kenyataan bersama lebih awal telah dikeluarkan oleh Kuthubul dan setiausaha agung Proham Denison Jayasooria menyeru Suhakam melakukan inkuiri awam terhadap insiden itu “kerana ianya telah membuatkan sesuatu yang tidak sihat dengan menyekat hak asas warga Malaysia daripada bercakap tentang perkara berkepentingan umum.”

“Proham berpendapat bahawa insiden ini mengakibatkan satu trend berbahaya dan boleh dianggap sebagai cara sekatan baru oleh pihak berkuasa terhadap kebebasan bersuara dan kebebasan asas dalam konteks isu-isu berbangkit berkaitan dengan pentadbiran yang baik.

“Ianya bercanggah dengan wawasan kita menjadi negara maju menjelang 2020, lebih-lebih lagi sebagai demokrasi matang,” kata kenyataan itu.

Forum “Nothing to Hide” pada Jun 5 yang dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) sepatutnya menampilkan Najib dalam dialog terbuka dengan aktivis, pemimpin NGO, blogger dan media.

Acara itu kemudian dibatalkan atas arahan pihak polis untuk menjaga “keselamatan awam” dan Pejabat Perdana Menteri kemudian telah menyatalan punca ketidakhadiran Najib ke forum itu atas nasihat polis dan arahan polis perihal kepentingan keselamatan.

Tetapi kenapa pembatalan itu dilakukan pada hari forum itu sendiri dan pada saat-saat akhir?

Bukankah kepentingan keselamatan telah ada sejak dari forum itu diumumkan?
Tetapi pendapat Kuthubul benar.

Suhakam seharusnya menjalankan inkuiri untuk membuatkan persoalan umum dijelaskan dan menetapkan adakah kebebasan bersuara semakin disekat oleh pelaksanaan undang-undang.

Tetapi menjalankan inkuir saja tidak mencukupi. Penemuan dan saranan Suhakam seharusnya kuasa perundangan dan dilaksanakan dengan segera.

“Rekod kami selama 20 tahun lalu menunjukkan bahawa kami berusara dengan lantang, tetapi kami terikat dan tidak dapat mengejar anda,” pengerusi Suhakam Hasmy Agam telah dipetik sebagai berkata pada April.

The Sun Daily memetik Hasmy sebagai berkata Suhakam sedang cuba untuk menekan kerajaan supaya memberi mereka lebih “taring”.

“Kami telah memohon kepada kerajaan untuk memberi kami lebih kuasa. Kami telah membuat beberapa cadangan kepada kerajaan tetapi kami masih belum mendapat tindak balas yang positif,” Hasmy dilaporkan berkata.

Lagipun, kenapa tubuhkan Suhakam sebagai pemantau jika saranan dan penemuan mereka hanya dipandang sebelah mata? 

Bukankah ianya membazirkan wang pembayar cukai?


Tiada ulasan: