Selasa, 23 Jun 2015

Jari kanak-kanak berkecai angkara mercun

 
Mangsa dikatakan bermain mercun “ A Boom” bersama rakan di halaman rumah selepas waktu berbuka puasa


mangsa-mercun



PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun mengalami kecederaan parah angkara bermain mercun.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dilaman Facebook Friends of PDRM, ia menunjukkan jari mangsa berkecai.

“Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun telah mengalami kecederaan parah apabila jari jemari tangan sebelah kiri hancur akibat bermain mercun “A Boom” bersama rakan-rakan di halaman rumah selepas waktu berbuka tadi,” antara maklumat yang dimuat naik di Facebook berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku di Tanjung Sepat, Banting.

Berikutan kecederaan teruk yang dialami, kanak-kanak berkenan yang pada mulanya dikejarkan ke Hospital Banting terpaksa menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Kelang.

“Sedih tgk..tp ape boleh buat benda dh berlaku..kecik2 dh kudung sbelah..sabar je la keluarga adik ni..harap2 ni last post aku tgk utk bulan ramadan n syawal ni ade bdk hancur tgn..nk maki kang2 ade plak yg back up..biar je la..harap jdi pengajaran kt org lain,” tulis Nasari Mit yang bersimpati dengan kejadian yang berlaku.

Tiada ulasan: