MALAYSIAKINI
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan
rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang
berlaku dalam parti Islam itu.
Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama
sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang
melakukan amalan berkenaan.
"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan
supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada,
kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.
"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada
dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat
mana dan terjemahannya.
"Kami ingin sangat mengamalkan kerana DHPP tidak mahu amalan fitnah dan
label melabel berlaku dalam DHPP. Kami berharap Islam yang dibawa oleh
kepimpinan ulama supaya ke hadapan.
"Kami menumpang kasih Islam yang dibawa oleh PAS," katanya ketika
menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor
hari ini.
Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata gejala fitnah memftnah dan label melabel perlu diberikan perhatian oleh ulama.
Beliau juga mengajak ahli dan pimpinan PAS meneruskan gerak kerja untuk menewaskan Umno.
"Ahli dan pemimpin parti bersatu. Ulama dan profesional meneruskan gerak
kerja yang berterusan sehingga ditakuti oleh Umno dan BN," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan