Selasa, 16 Jun 2015

DAP tak bincang soal PasMa tubuh parti politik baru

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menafikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) malam tadi membincangkan hasrat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk menubuhkan sebuah parti politik yang baru.
 
"Tidak ada," ujarnya ringkas sebaik sahaja ditemui media selepas mesyuarat berkenaan tamat kira-kira jam 10.30 malam tadi.
 
Semalam Ahli Jawatankuasa Kerja DAP, Gobind Singh Deo memberitahu perancangan PasMa untuk menubuhkan satu lagi parti politik baru untuk dinaungi di dalam Pakatan Rakyat (PR) akan dibincangkan di dalam mesyuarat parti akan datang.
 
Beliau mengalu-alukan penubuhannya, selagi patuh kepada polisi dan Dasar Bersama PR.
 
Bagaimanapun Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan, Zairil Khir Johari yang ditemui di Ibu Pejabat DAP mendakwa tidak tahu-menahu berhubung penubuhan parti baru itu.
 
"Saya tidak tahu. Mereka kata nak buat. Saya tidak tahu apa-apa," katanya.
 
Walaupun tidak memperincikan butiran mesyuarat, Zairil juga menyatakan kesemua isu berkaitan PR ada dibincangkan di dalam mesyuarat berkenaan.
 
"(Ada bincang isu PAS?) Semua isu ada," demikian menurutnya.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutf Pusat (CEC) berlangsung malam tadi pada jam 8 malam dan tamat kira-kira jam 10.30 malam.
 
Bagaimanapun rata-rata pimpinan parti enggan mengulas butiran perkara yang dibangkitkan sepanjang mesyuarat tersebut.
 
 

Tiada ulasan: